bukutamu.my

Walimah Majlis Korporat Persidangan

Ruang Kenangan.
Hargai Hubungan.

Bukan sekadar kehadiran, tetapi tanda sebuah hubungan. Sediakan ruang digital untuk para tetamu meninggalkan jejak mereka — sama ada untuk hari bahagia, himpunan keluarga, mahupun makan malam korporat. Tiada muat turun aplikasi diperlukan.

Cipta Kenangan Anda Selamat & Privasi Terjamin
CIRI-CIRI UTAMA

Dihubungkan dengan Makna, Dipacu oleh Teknologi

Tiada Aplikasi, Hanya Hubungan

Tetamu hanya perlu imbas kod QR, kongsi gambar dan ucapan. Cara paling mudah untuk mereka berkata, "Aku hadir untuk kau."

Eksklusif. Minda Tenang

Teknologi Geobatas Pintar memastikan hanya tetamu di lokasi majlis sahaja yang boleh berkongsi. Ruang kenangan anda kekal eksklusif, selamat, dan bebas gangguan.

Raikan Kemeriahan Sebenar

Pancaran langsung slaid detik spontan bersama ucapan jujur, menjadikan suasana majlis dipenuhi senyuman dan gelak tawa.

Kenangan yang Tidak Hilang

Walaupun majlis selesai & dewan kosong, kenangan tetap kekal. Muat turun dan simpan setiap detik sebagai pengingat bahawa anda sentiasa dikelilingi mereka yang peduli.

Pakej Ditawarkan

Pakej Mudah & Fleksibel

Pilihan pakej yang mudah untuk memenuhi keperluan anda, tetapi tetap memberikan ruang yang mencukupi untuk mengabadikan kenangan yang tercipta; tidak kira apa bentuk acaranya.

Pilihan Ramai

Pakej A

Sesuai untuk pelbagai acara

RM 59 / acara
  • 300 Had Hantaran Ucapan
  • 14 Hari Simpanan
  • 1(+2) Hari Aktif Layar Tamu
  • Muat Turun Album (PDF)
  • Muat Turun Gambar (ZIP)
  • Geobatas Pintar
  • Tapisan Hantaran Ucapan
  • Penyesuaian Tema Acara

Pakej B

Sesuai untuk acara mega

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
  • Tiada Had Hantaran Ucapan
  • Tempoh Simpanan Tersuai
  • Tempoh Aktif Layar Tamu Tersuai
  • Muat Turun Album (PDF)
  • Muat Turun Gambar (ZIP)
  • Geobatas Pintar
  • Tapisan Hantaran Ucapan
  • Tema Acara Tersuai

Untuk setiap ruang kenangan yang dicipta, kami hadiakan 48 jam tambahan (24 jam sebelum + 24 jam selepas).

Kami faham, setiap acara yang berlangsung, ada kenangan pada hari sekitarnya yang juga wajar diraikan dan dirakam. Jadi anda dan para tetamu dapat terus menggunakan Layar Tamu bagi merakam semua kenangan pada sebelum, semasa dan selepas acara untuk terus menghargai sebuah perhubungan!

Ciri Tambahan

Pilihan Tambahan

Perlukan ruang kenangan yang lebih bertepatan? Sesuaikan acara anda dengan ciri-ciri tambahan mengikut keperluan tanpa perlu menaik taraf keseluruhan pakej.

Hantaran Ucapan Tambahan

RM 10

Tambah had hantaran ucapan dan gambar yang para tetamu boleh kongsikan mengikut keperluan majlis anda.

+100 unit

Hari Simpanan Tambahan

RM 30

Panjangkan tempoh simpanan di storan gambar-gambar dan semua ucapan walaupun majlis sudah selesai.

+5 hari

Hari Layar Tamu Aktif Tambahan

RM 30

Panjangkan tempoh aktif Layar Tamu supaya lebih ramai para tetamu dapat berkongsi ucapan dan gambar kenangan untuk acara anda.

+1 hari

Tapisan Hantaran Ucapan

RM 30

Buka fungsi pemantauan hantaran ucapan supaya pentadbir boleh pantau ucapan sebelum dipaparkan ke Layar Tamu.

Sekali bayar

Penghantaran Kit Ruang Acara

RM 40

Terima fizikal Kit Ruang Acara. Biar kami cetak kandungan kit ruang acara anda (termasuk Kad Meja berserta kod QR) dan hantarkan supaya mudah untuk anda letakkan terus di meja tetamu.

+1 set (40 keping)
ULASAN PENGGUNA

Kisah Kejayaan Majlis

Rintis

"Pagi selepas majlis, membaca ucapan tetamu buat kami rasa sangat dihargai dan disayangi."

PB

Pengantin Baru

Majlis Perkahwinan

"Sangat mudah digunakan. Cara terbaik untuk mengeratkan silaturahim pekerja semasa Annual Dinner."

HR

Pengurus Sumber Manusia

Majlis Korporat

Berikan ruang untuk mereka tunjukkan penghargaan.

Cipta ruang kenangan untuk majlis anda dalam beberapa minit sahaja. Tiada sebarang pemasangan peranti yang rumit diperlukan.

Cipta Kenangan Anda Selamat & Privasi Terjamin